Sabtu, 30 September 2017

TAHNIAH BUAT PASUKAN SENAMROBIK KELAB DOKTOR MUDA SK TUN SAS

Tahniah buat pasukan Senamrobik Kelab Doktor Muda SK Tun SAS atas kejayaan menjadi Johan Pertandingan Senamrobik kategori Sekolah Rendah sempena  Karnival " Nak Sihat " Melaka Tengah 2017 pada 30 September 2017 di Dewan Bolakeranjang MBMB,Bukit Serindit,Melaka.

Tahniah juga kepada jurulatih dan penyelaras pasukan senamrobik Cikgu Suhazlin Suratman dan dibantu oleh Cikgu Rodiah dan Ustazah Adilah...



Khamis, 28 September 2017

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU PRAKTIKUM PPKI

Kelas Program Pendidikan Khas Intergasi ( PPKI ) SK Tun SAS telah mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan tamatnya sesi Praktikum Guru-Guru PPKI .
Majlis telah diadakan di Kelas PPKI dan dihadiri oleh En. Kamaruddin Abdul Majid ,GPK Pentadbiran ,Pn. Rahayu Mohd Thith,GPK Kokurikulum dan Pn. Zamrah Ahmad Mokhtar.

Turut diraikan sekali ialah sambutan hari lahir salah seorang murid PPKI .






MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB SK TUN SAS - 25 SEPT 2017 - 29 SEPT 2017


Majlis Perasmian Minggu Panitia Pendidikan Ialam & Bahasa Arab

Pertandingan Kalam Jamaei & Dikir Barat Bahasa Arab untuk tahun 4

SEKITAR LAWATAN PRA SEKOLAH SK TUN SAS KE A FAMOSA SAFARI PARK ,MELAKA - 21 SEPT 2017








Selasa, 19 September 2017

PROJEK WAKAF SURAU MUHAMMADI , SK TUN SAS

  
PROJEK WAKAF ,SURAU MUHAMMADI,SK TUN SAS DIBUKA KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA.

UNTUK SUMBANGAN PROJEK WAKAF SILA HUBUNGI

019 - 398 7429 - Ust. Abdul Halim
013 - 778 2011  - Ustazah Nor Azah
 

Isnin, 11 September 2017

LAWATAN DARIPADA KETUA MENTERI MELAKA - 11 SEPT 2017

Yang Amat Berhormat , Datuk Seri Utama Ir Hj Idris bin Hj Haron,Ketua Menteri Melaka telah membuat lawatan ke SK Tun SAS pada hari pertama UPSR dijalankan.. YAB Ketua Menteri telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua calon UPSR SK Tun SAS.
Beliau juga telah membacakan doa sebelum calon-calon UPSR SK Tun SAS masuk ke bilik peperiksaan.

Turut hadir ialah 

Yang Berhormat,. Datuk Wira Hj. Md. Yunos bin Husin,Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi ,
Yang Berbahagia, Tn.Hj. Abu Bakar bin Sahari,Pengarah Pendidikan Melaka,
Tn. Hj. Mohd Nor bin Abu,Ketua Sektor Unit Penilaian dan Peperiksaan,Jabatan Pendidikan Melaka,

Tn. Abdul Halim bin Malek,Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah,
En. Zilkarnain bin Haron,Pengerusi JKKK Tasik Utama,
Tn. Hj. Mohd Arif bin Yusa,Pengerusi PIBG SK Tun SAS,
Tn. Hj. Adam bin Hj Mohammad,Guru Besar SK Tun SAS
barisan GPK SK Tun SAS dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Melaka





.