Sabtu, 24 Mei 2014

LAWATAN DARIPADA BARISAN EXCO MAJLIS GURU BESAR MELAKA

Pada 23 Mei 2014 ( Jumaat ) SK Tun Sas telah menerima lawatan dari Exco Tertinggi Majlis Guru Besar Melaka. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengenai lebih dekat tentang Program I Think yang dilaksanakan di SK Tun Sas.Lawatan bermula dari jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.

Semasa lawatan ini , Jurulatih Program I Think Sekolah iaitu Pn. Aziyah Surip,Pn. Latifah Mohd Ali, En. W. Mohd Shukri Wan Ahmad dan Pn. Roslinda Md Jali telah memberikan penerangan tentang perjalanan Program I Think sekolah.

Turut hadir ialah Tn.Hj. Adam Hj. Mohammad - Guru Besar SK Tun Sas,En. Kamaruddin Abdul Majid - GPK Pentadbiran SK Tun Sas dan Pn. Norizan Zainudin - GPK Ko Kurikulum SK Tun Sas.

Kesemua peserta lawatan telah melawat Bilik Tulip ( Bilik Operasi I Think SK Tun Sas ) dan sekitar bilik darjah SK Tun Sas.






 

Khamis, 22 Mei 2014

LAWATAN PENANDA ARAS KUMPULAN CO11 KE SK BRISU

Pada 21 Mei 2014 yang lalu seramai 5 orang guru yang memegang jawatan sebagai Ketua Panitia bersama dengan Guru Media  dan Guru Besar telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Brisu dalam daerah Alor Gajah. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Kumpulan CO11 yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Adam Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.

Kumpulan CO11 dianggotai oleh SK Tun Sas,SK Batu Berendam,SK Batu Berendam 2,SRA Jaim Tun Razak dan SK Ayer Molek.
Semasa lawatan ini kesemua wakil sekolah dalam Kumpulan CO11 turut serta.



Jumaat, 16 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pagi ini di Dewan Tun Fatimah. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj.Mohammad, Guru Besar, SK Tun Sas.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Melaka Maju Jaya,Melaka Maju Negeriku Sayang dan Lagu Sekolah. Ianya diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Sofpian

Seterusnya,Ucapan daripada Wakil Murid khas untuk Hari Guru . En. Kamaruddin Abdul  Majid,GPK Pentadbiran SK Tun Sas membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Satu persembahan khas telah dipersembahkan oleh murid tahun 6 Kesturi ,Adik Mohd Haikal  Abu Hasan memperdengarkan lagu Dondang Sayang sambil  memainkan violin nya.