Rabu, 22 Januari 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014 telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun Sas pada hari ini. Majlis penyerahan telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia,Tn.Hj.Arif bin Yusa,Pengerusi JAPERUN Ayer Keroh.

Turut hadir bersama ialah En. Sahrizal,wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah.
Seramai 1009 orang murid layak menerima bantuan ini dan agihan dijalankan melalui guru Kelas masing-masing.






Sabtu, 18 Januari 2014

MESYUARAT PENYELARASAN ANUGERAH TAWARAN BARU 2013

Mesyuarat Penyelarasan Anugerah Tawaran Baru 2013 akan diadakan pada :

Tarikh      :  20 Januari 2014
Hari         :  Isnin
Masa       :  1.45 petang
Tempat    :  Pusat Sumber SK Tun Sas

Semua guru diwajibkan hadir ke mesyuarat ini.
Kerjasama dan komitmen adalah diharapkan.
Harap maklum.  

Jumaat, 17 Januari 2014

JEMPUTAN IBUBAPA UNTUK MENGHADIRI MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR UPSR/PMR SEKOLAH-SEKOLAH PARLIMEN BUKIT KATIL TAHUN 2014




SENARAI NAMA MURID YANG TERLIBAT 

1. Muhammad A'riff bin Aziz
2. Muhammad Fadil Hanafi bin Anuar
3. Muhammad Nafiz bin Hassan
4. Muhammad Nazmi Aiman bin Mansor
5. Muhammad  Rafiqi Safwan bin Salim
6. Muhammad Zafri bin Zaharudin
7. Wan Lokman Hakim bin Wan Ismail
8. Aim Mairinah binti Samad
9. Aishah binti Abdul Rashid
10. Allisya Syazirah binti Raidee
11. Amiena Afza binti Kamarul Bahrin
12. Atikah Munirah binti Asmala
13. Auni Khalisa binti Sardi
14. Fathin Nabiha binti Mohamad
15. Nadhirah binti Abdul Munir
16. Nadia binti Eddy
17. Nur Farah Nasuha binti Mohd Hasnul Amri
18. Nur Laili Nadiah binti Mohamad Shaeidi
19. Nur Shafiyyah binti Sohaimi
20. Nur Shifa binti Firman
21. Nurul Dhurrah Illiyyina binti Abdul Hamid
22. Sofea Hanim binti Salleh
23. Syahidatul Syakirah binti Rosli
24. Ahmad Irfan Haziq bin Mohd Shaiful Hizam
25. Muhammad Adam bin Sutar
26. Muhammad Naquib Aiman bin Norman

SEMUA PELAJAR DIKEHENDAKI HADIR BERSAMA IBUBAPA/PENJAGA SEMASA MAJLIS DIADAKAN .

PAKAIAN  : PAKAIAN SEKOLAH 

HARAP MAKLUM
 

MAKLUMAN AKTIVITI KO-KURIKULUM MURID-MURID TAHUN 4,5 DAN 6 TAHUN 2014


Isnin, 13 Januari 2014

PELANCARAN PROGRAM ANTI PONTENG DAN PAS KELUAR KELAS 2014

Program Anti Ponteng dan Pas Keluar Masuk 2014 telah dilancarkan pada hari ini semasa perhimpunan rasmi sekolah .
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas .

Program yang dilancarkan ini antara matlamat utamanya ialah :
1. 95% murid hadir penuh setahun.
2. 0% murid ponteng kelas sepanjang tahun.
3. Memupuk jati diri dan sikap bertanggungjawab dikalangan murid terhadap diri sendiri,ibubapa,sekolah
    agama dan bangsa.
4. Meningkatkan disiplin murid untuk mencapai tahap salah laku sifar.
5. Mewujudkan iklim sekolah yang harmonis dan kodusif bagi menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
6. Meningkatkan peratus prestasi akademik dan penglibatan murid dalam semua aktiviti sekolah.








Jumaat, 10 Januari 2014

LAGU RASMI SEKOLAH : SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN


 LAGU RASMI SEKOLAH



SK Tun Sas Sekolah Unggul
Generasi Terbilang
Membangun Potensi Individu
Pendidikan Berkualiti

Kami Semua Berusaha Sepenuh Daya
Untuk Masa Depan Negara
Menjadikan Murid Rakyat Yang Cemerlang
Demi Pendidikan Negara

Berazam Untuk Melahirkan
Murid Yang Berhamonis
Murid dan Guru Padu Berdiri
Menjana Insan Cemerlang

Lagu/Lirik : En. Mat bin Mohd Sidek

Isnin, 6 Januari 2014

PENYAMPAIAN MEDAL KEJOHANAN SKUASY

Majlis Penyampaian Medal Kejohanan Skuasy telah diadakan semasa perhimpunan rasmi minggu ke 2 ini.
Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adam Hj. Mohammad,Guru Besar SK Tun Sas.

Adik Alyssa Renai binti Aziz telah mengambil bahagian dalam 3 kejohanan sepanjang cuti persekolahan yang lalu.

1. Kejohanan Skuasy Kebangsaan Sportexcel/MSN/MILO 2013  -  1 st Leg diadakan pada 8 hingga 10 November 2013 di Kompleks Skuasy Nasional,Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

Adik Alyssa Renai bin Aziz telah menjadi Juara Kategori Perempuan Bawah 9 tahun.

2.  Kejohanan Skuasy Kebangsaan Sportexcel/MSN/MILO 2013   - 2 nd Leg diadakan pada 26 hingga 29 November 2013 di Kompleks Skuasy Nasional,Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

Adik Alyssa Renai bin Aziz telah menjadi Juara Kategori Perempuan bawah 9 tahun.

3. Kejohanan Skuasy Antarabangsa Redtone ,Kuala Lumpur Junior Open Squash Championship 2013 kali ke 7 telah diadakan pada 10 hingga 15 Disember 2013 di Kompleks Skuasy MSN ,Jalan Duta,Kuala Lumpur. Kejohanan ini melibatkan 10 buah negara luar.

Adik Alyssa Renai bin Aziz telah mendapat tempat ke 2 dalam Kategori Perempuan Bawah 9 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Adik Alyssa Renai bin Aziz.