Jumaat, 30 November 2012

LIST BUKU SK TUN SAS 2013



SENARAI PERALATAN YANG PERLU DIBELI BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT SEKOLAH MULAI SEKARANG.
PEJABAT SEKOLAH DIBUKA MULAI JAM 8.00PAGI HINGGA 5.00 PETANG.

KEDAI BUKU AKAN MULA BEROPERASI PADA 17 DISEMBER 2012 SEHINGGA HARI PERSEKOLAHAN 2013 BERMULA MULAI JAM 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.

KEDAI BUKU SEKOLAH AKAN DITUTUP PADA HARI AHAD DAN CUTI UMUM.
HARAP MAKLUM...

Khamis, 22 November 2012

PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN SATU 2013

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan murid tahun 6 ( 2012 ) ke Tingkatan Satu di SMK Ayer Keroh telah dikeluarkan.

Oleh yang demikian semua murid tahun 6 ( 2012 ) dikehendaki datang ke Pejabat SK Tun Sas untuk mengambil surat pemberitahuan penempatan ini.

Pejabat sekolah dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Harap maklum.

Isnin, 19 November 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Pengumuman Keputusan UPSR 2012 telah diadakan di Pusat Sumber SK Tun SAS pada hari ini. majlis telah dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib.

Seramai 130 orang murid tahun 6 telah menduduki UPSR pada tahun ini.
26 murid telah mendapat 5A .

PIBG SK Tun SAS telah memberikan sumbangan kepada semua murid yang telah mendapat 5A dalam UPSR 2012.

Tahniah buat semua yang telah berjaya....




















Khamis, 15 November 2012

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada :

 Tarikh    :  19 November 2012 ( Isnin )
  Tempat : Perpustakaan SK Tun SAS
  Masa    : 10.00 pagi

Semua murid tahun 6 dikehendaki hadir untuk menerima slip keputusan UPSR ini.
Murid-murid yang hadir diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah.

BEKAS PELAJAR SK TUN SAS 2011 YANG MENDAPAT 5A DALAM UPSR 2011 JUGA DIJEMPUT HADIR BERSAMA UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI .

HARAP MAKLUM......
 

   


Isnin, 12 November 2012

SEKITAR JAMUAN KELAB STAF SK TUN SAS 2012

Kelab Staf SK Tun SAS telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2012 untuk semua warga SK Tun SAS di Holiday Inn , Banda Hilir  semalam.

Jamuan telah dihadiri oleh Tn. Guru Besar,Tn Hj. Safie Jaafar, barisan GPK dan guru-guru serta kakitangan SK Tun SAS.







Khamis, 8 November 2012

JADUAL PROGRAM DAN AKTIVITI PRA-SESI PERSEKOLAHAN 2013


UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN DAN KERJASAMA PARA IBUBAPA SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN 2012


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun SAS pada 7 November 2012.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib, Yang Dipertua PIBG SK Tun SAS.

Turut hadir ialah barisan Guru Penolong Kanan SK Tun SAS dan guru-guru SK Tun SAS.
Tahniah buat semua murid yang telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam bidang Akademik, Sahsiah dan Sukan.





Majlis juga diserikan dengan persembahan dari murid Pra Sekolah dan murid Tahun 5 serta nyanyian solo dari murid Tahun 6.


Sabtu, 3 November 2012

SEKITAR SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS KALI KE 2

Majlis Sukan Tahunan SK Tun Sas kali ke 2 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di padang SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berbahagia,En. Mohd Shahrom ,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah.
Yang Berbahagia,En. Shahrom telah melepaskan beberapa ekor burung sebagai gimik perasmian sukan pada kali ini.

Majlis Penutupan pula disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Hj. Shahrin Sahib,Yang Dipertua PIBG SK Tun Sas.

Sukan Tahunan SK Tun Sas kali ke 2 ini dihadiri oleh semua guru SK Tun Sas , para ibubapa dan murid-murid dari Tahun 1 hingga 6.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, sukarela dari Utem dan Pelatih dari IPPM Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana sudi menyumbangkan tenaga dalam menjayakan Sukan Tahunan SK Tun Sas pada tahun ini.