Rabu, 31 Oktober 2012

MAJLIS MESRA WARGA SK TUN SAS BERSAMA SELIA SELENGGARA SDN. BHD

Majlis Mesra Warga SK Tun Sas bersama Selia Selenggara Sdn Bhd telah diadakan di Dewan Tun Fatimah,SK Tun Sas.
Majlis dihadiri oleh Yang Berbahagia,Tn. Hj. Husny Abu Hassan,Ketua Pegawai Operasi,Selia Selenggara Sdn Bhd dan beberapa orang pegawai tertinggi Selia Selenggara.

Pihak Selia Selenggara Sdn Bhd telah memberikan sumbangan peralatan keselamatan jalanraya iaitu vest keselamatan untuk murid dan kon keselamatan jalanraya.

Di samping itu juga pihak Selia Selenggara Sdn Bhd juga telah sudi memberikan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah .

Satu sesi ceramah keselamatan jalanraya juga diberikan oleh pegawai bahagian keselamatan jalanraya Selia Selenggara kepada semua murid tahun 4,5 dan 6.

Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada pihak Selia Selenggara Sdn Bhd atas sumbangan yang diberikan.







KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TUN SAS KALI KE2 - 2012


SEMPENA DENGAN SUKAN TAHUNAN YANG BERLANGSUNG PADA 3 NOVEMBER 2012     ( SABTU ) SEKOLAH AKAN BERCUTI PADA HARI ISNIN ( 5 NOVEMBER 2012 ) - CUTI PERISTIWA.
HARAP MAKLUM.




Selasa, 30 Oktober 2012

PORTAL BARU UNIT PENGURUSAN SEKOLAH PPD MELAKA TENGAH

PPD Melaka Tengah telah menyediakan portal baru Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Melaka Tengah.

Segala maklumat dan info terkini ada di sini. KLIK DI BAWAH


Rabu, 24 Oktober 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

Seluruh warga SK Tun Sas ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan disambut pada hari Jumaat ini 26 Oktober 2012.

Murid-murid akan bercuti pada hari Jumaat ( 26 Oktober 2012 ) dan akan bersekolah semula pada hari Isnin ( 29 Oktober 2012 )

SALAM AIDIL ADHA......

Isnin, 22 Oktober 2012

LAWATAN DARI MKK - MI PROPINSI JAWA TIMUR

SK Tun Sas telah menerima lawatan kerja dari MI Propinsi Jawa Timur ,Indonesia seramai 22 orang yang terdiri dari Guru-Guru Besar Madrasah.

Sesi lawatan bermula dengan taklimat dari Tn. Guru Besar,Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar mengenai perjalanan dan peristiwa semasa sekolah.

Sejurus ini peserta lawatan membuat lawatan ke Bilik-Bilik Darjah Tahun Satu dan Bilik Guru serta beramah mesra dengan guru-guru SK Tun Sas.

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada MI Propinsi Jawa Timur ,Indonesia atas kesudian membuat lawatan ke SK Tun Sas.









Jumaat, 12 Oktober 2012

LAWATAN KERJA DARI SK TENGKU MAHMUD 2,BESUT,TERENGGANU

SK Tun Sas telah menerima kunjungan dari SK Tengku Mahmud 2,Besut Terengganu pada hari ini.
Lawatan kerja ini disertai oleh warga pendidik SK Tengku Mahmud 2, staf dan kakitangan serta PIBG SK Tengku Mahmud 2 seramai 80 orang.

Lawatan kerja ini diiringi oleh Pn. Naziah Ramli, Pegawai Unit Perhubungan,Jabatan Pelajaran Melaka.
Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang aktiviti dan program yang dijalankan di SK Tun Sas sejak tahun 2011 yang diterangkan oleh Tn.Hj. Safie Hj.Jaafar - Guru Besar SK Tun Sas.
Satu persembahan multimedia juga telah dipersembahkan kepada semua peserta lawatan di Pusat Sumber SK Tun Sas yang dikendalikan oleh Pn. Roslinda dan En. Mohd Hazreek dari Unit ICT SK Tun Sas.

Seterusnya sesi lawatan ke Bilik Muzik,Bilik Pemulihan, Bilik Darjah tahun 1 dan seterusnya ke Dewan Terbuka Tun Fatimah untuk sesi menjamu selera.
Pasukan Tarian dan ' Action Songs ' SK Tun Sas telah memberikan persembahan semasa jamuan ini.

Ucapan ribuan terima kasih atas kesudian SK Tengku Mahmud 2 kerana sudi membuat lawatan ke SK Tun Sas.








 

Isnin, 8 Oktober 2012

AKTIVITI SELEPAS UPSR - MASTER CHEF SK TUN SAS 2012

Pertandingan Master Chef SK Tun Sas telah diadakan di Dewan Tun Fatimah pada hari ini . Pertandingan ini melibatkan semua murid tahun 6 yang dibahagikan kepada 25 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu menu tertentu .

Pertandingan ini dijalankan mulai 8.15 pagi hingga 11.00 pagi. Kumpulan yang mengambil bahagian dikehendaki menyediakan menu menikut kreativiti masing-masing.

Tahniah buat Panitia Matematik atas penganjuran aktiviti ini.









Sabtu, 6 Oktober 2012

JAMUAN PENGAWAS/PUSTAKAWAN SK TUN SAS 2012

Jamuan Tahunan untuk Pengawas Sekolah dan Pustakawan telah diadakan hari ini.




Jamuan  yang diadakan di Hotel Holiday Inn ,Banda Hilir ini dihadiri oleh semua Pengawas dan Pustakawan Sekolah.

Turut hadir ialah Yang Berusaha,Tn. Guru Besar SK Tun Sas,Tn. Hj. Safie Jaafar dan semua barisan GPK SK Tun Sas.
Encik Raidee selaku Naib Yang Dipertua PIBG,SK Tun Sas juga hadir untuk memeriahkan majlis Jamuan ini.


Jumaat, 5 Oktober 2012

AKTIVITI SELEPAS UPSR - CERAMAH KEROHANIAN

Ceramah Kerohanian untuk semua murid Tahun 6 telah diadakan pada pagi ini di PSS,SK Tun Sas.
Ceramah ini disampaikan oleh Yang Berbahagia,Datuk Hj. Ahmad Mustafa ,Mantan Pengarah JAIM.

Ceramah yang disampaikan bertajuk " Pembinaan Akhlak Remaja "
Majlis telah dihadiri oleh semua murid tahun 6 dan penyampaian cenderahati disempurnakan oleh En. Mohd Nasir Salim,GPK Hal Ehwal Murid SK Tun Sas.



Isnin, 1 Oktober 2012

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PERCUBAAN 2013

Majlis Pelantikan Pengawas Percubaan 2013 telah diadakan pada hari ini semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan di Dataran Tun Tuah,SK Tun Sas.
Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Safie Hj. Jaafar,Guru Besar, SK Tun Sas.
Seramai 25 orang murid dari tahun 3,4 dan 5 telah dipilih sebagai Pengawas Percubaan dan akan menjalankan tugas selama 1 bulan sebelum dilantik sepenuhnya sebagai Pengawas Sekolah.
Tahniah buat semua murid yang telah terpilih dan dilantik sebagai Pengawas Percubaan.